Skip to main content
 

Tentang Teh Dawud

Teh Dawud adalah jenama teh tempatan Malaysia keluaran Bumiputera Muslim yang menghidangkan rasa asli teh berkualiti tinggi dengan sentuhan moden.

Pilihan Mesra Keluarga, Sesuai Sepanjang Masa

Jadikan setiap momen lebih bermakna dengan Teh Dawud. Dihasilkan khusus untuk memenuhi cita rasa keluarga Malaysia, teh ini adalah teman setia yang sesuai dinikmati pada bila-bila masa—sama ada untuk sarapan pagi, minum petang yang santai, mahupun hidangan istimewa ketika majlis kenduri dan pertemuan keluarga.

  • Halal JAKIM & MeSTI: Dijamin bersih, suci, dan selamat untuk dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

Pilihan Teh Kami

Teh Uncang

Teh Dawud 25 Uncang adalah produk pertama kami dan sentiasa mendapat permintaan. Rasa yang klasik sesuai diminum bersama keluarga atau mereka yang tersayang. 

Chai Masala

Chai Masala 100g. Serbuk Teh dengan campuran Halia, Buah Pelaga, Kayu Manis, Lada Hitam, Cengkih dan JIntan Manis. Minuman yang semakin popular kerana aroma yang unik dan memanaskan badan.

Teh2tarik

Teh Uncang XL yang akan memberikan rasa teh yang lebih kaww. Ini bukan produk 3 in 1. Teh2tarik adalah teh sebenar untuk peminat teh tarik.  

Teh 10 Uncang

Pilihan ramai untuk dijadikan "door gift" majlis kenduri dan hadiah. Bersaiz comel dan mudah dibawa ke mana saja.

Serbuk Teh Tarik

Serbuk teh yang menjadi pilihan warung dan kedai makan. Minuman rasmi Malaysia, TEH TARIK. 

Teh Hijau

Teh Hijau dalam uncang. Daun teh hijau yang dipilih dari Perkebunan Liki, Sumatera Indonesia. Rasa yang unik dan semestinya baik untuk mereka yang menjaga kesihatan.

Testimonials

Kesegaran yang Tiada Tanding

Setiap sip membawa ketenangan dan kesegaran, membuatkan hari-hari saya lebih bermakna.

Rasa Teh Yang Menggembirakan

Teh Dawud memberikan kepuasan dengan setiap hirupan. Rasa yang asli dan menyegarkan!

Pilihan Terbaik untuk Pencinta Teh

Saya sentiasa memilih Teh Dawud kerana kualitinya yang tinggi. Tehnya benar-benar menenangkan!